Sunday, January 5, 2014
Alhamdullilah...dengan pertolongan semua pihak dapat juga saya merealisasikan impian sy utk menyiapkan rumah kami sekeluarga dengan idea kami sendiri.Idea yg kami terapkan hasil kegiatan kami sekeluarga yg suka berjalan.Berjalan bukan utk tujuan menunjuk tetapi utk melihat kebesaran ilahi dengan ciptaan-ciptaan yg cukup cantik. Rimbunan Bahagia dibina pada June 2011.Terletak di atas tanah seluas 1 ekar dan dipenuhi dengan pokok buah-buahan termsk durian, rambutan,manggis,mempelam,salak,cempedak,nangka,dokong dll lg. Saya hanya menggunakan excel utk membuat design rumah..maklumlah tak pior nk guna auto cad. Dari struktur rumah, monitor tukang, kewangan, colour, material dll sy monitor dengan sebaik mungkin supaya tidak nampak cacat celanya. Takde arkitek mau pun engineer semuanya sendiri. Tetapi semuanya mesti ada kata sepakat dari suami dan kami berdua akan berbincang dari semasa ke semasa. Saya akan pastikan bilik anak-anak dekat dgn kami utk keselamatan. Rumah kami tidak mempunyai dapur basah atau kering.Cuma satu dapur shj krn dipikirkan membazir utk banyakkan dapur. Tempat mkn kami diluar mengadap hutan..syokk..skek...
Pemilihan warna kami suke kan warna yg sejuk dan tidak terang. Sedaya mampu yang mungkin kami monitor dengan cermat yg mungkin supaya tidak ada pembaziran di sini dan kami sendiri yang cari dan tempah semua bahan-bahan seperti batu,kayu,simen dll. Utk next story sy akan citerkan dari semasa ke semasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment